Sunday, 28 August 2016

TIPS MEMILIH HOTEL PENGINAPAN ATAU HOMESTAY SEBELUM MEMBUAT TEMPAHAN

Pemilihan penginapan amat penting tidak kira apa jua tujuan penginapanan anda sama untuk bercuti atau melaksanakan tugasan  di luar kawasan.  Pemilihan tempat penginapan yang betul boleh menjimatkan banyak wang dan masa perjalanan untuk tujuan melaksanakan kerja atau untuk melancong. Disamping itu tempat penginapan yang terletak berdekatan dengan banyak fasiliti dan kemudahan setempat seperti supermarket, pusat bandar dan pusat-pusat pelancongan jika perlu untuk menyenangkan banyak  urusan anda terutamanya sekiranya  anda baru pertama kali melawat ke tempat tersebut.

1.       LOKASI
Lokasi tempat penginapan yang startegik adalah amat penting. Tempat penginapan yang dipilih mestilah berdekatan dengan tempat-tempat yang anda rancang untuk dilawati. Anda boleh menjimatkan minyak kereta dan masa perjalanan jika pilihan anda berada dalam kedudukan strategik dan berdekatan dengan tempat yang ingin dilawati.
Selain itu pilihan lokasi juga perlulah berhampiran dengan kemudahan setempat seperti bank, restoran, kedai makan, kedai dobi dan pusat membeli-belah. Anda boleh mengkaji kawasan sekitar tempat penginapan sebelum membuat tempahan melalui google map untuk melihat kemudahan sekitarnya.

2.       PERBANDINGAN HARGA
Selain faktor lokasi, faktor harga juga memainkan peranan yang amat besar. Sudah tentu setiap orang ingin mendapatkan setiap nilai dari wang yang akan dibelanjakan nanti.  Anda boleh menjimatkan banyak wang dengan melakukan sedikit kajian dan membuat perbandingan harga dengan beberapa hotel/homestay tempat penginapan dikawasan yang dikehendaki.
Di zaman teknologi maklumat perkara ini tidak lagi sukar untuk dilaksanakan. Apa yang perlu dilakukan adalah  hanya dengan membuat  sedikit carian di google dan anda boleh menelefon setiap satu tempat penginapan untuk menanyakan harga dan catit setiap satu  untuk dibuat perbandingan. 

3.       JENIS BANGUNAN PENGINAPAN
Selepas mengkaji lokasi dan harga anda juga perlu mengetahui apakah jenis bangunan tempat penginapapan yang bakal anda tempah. Adakah tempat penginapan anda nanti adalah bangunan bertingkat  dengan lift atau tidak, rumah kedai, rumah teres setingkat atau 2 tingkat, rumah kabin, rumah banglo sesebuah, rumah townhouse atau rumah kayu/kampong.  Jenis-jenis bangunan penginapapan juga menentukan tahap keselesaan anda nanti.

4.       KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Pastikan anda menyelidik terlebih dahulu apakah kemudahan yang disediakan di dalam hotel atau homestay tersebut. Anda boleh menelefon dan menanyakan apakah alat-alatan dan kemudahan yang yang disediakan seperti bilangan bilik tidur dan bilangan bilik mandi, tempat meletak kereta, peralatan memasak, peti ais, penghawa dingin dan bilangannya, sterika, mesin basuh jika anda merancang menginap lebih dari seminggu, bilangan katil, sofa, meja makan, TV dan lain-lain yang dirasakan perlu. Catit setiap satu kemudahan ini agar mudah untuk anda membuat perbandingan dan juga keputusan yang terbaik.

5.       KAWASAN PERSEKITARAN
Anda juga peru menyelidik sedikit sebanyak kawasan persikataran tempat penginapan yang bakal anda tempah. Mungkin persoalan ini boleh anda selidik terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Adakah kawasan persekitaran terletak di kawasan bandar,  taman perumahan, kawasan kampong,  kawasan setinggan atau  berhampiran kawasan tapak pembinaan? Berapa jauhkah jarak perjalanan ke tempat-tempat kemudahan utama seperti stesen pengangkutan awam (jika anda menggunakanya), lapangan terbang, bank, restoran, pusat  membeli belah dan lain-lain.

Kami di Dhiafah Homestay telah membuat sedikit kaji selidik  terhadap beberapa faktor yang dibincangkan di atas terhadap beberapa tempat penginapan, hotel dan homestay  sekitar 5km dari kawasan Dhiafah Homestay untuk memudahkan anda untuk membuat keputusan sekiranya anda sedang merancang untuk mencari kawasan penginapan di sekitar Kuala Terengganu, Gong Badak, Tok Jembal atau sekitar UNISZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) dan juga UMT (Universiti Malaysia Terengganu). 

Berikut Jadual Perbandingan hasil kajian kami.


No comments:

Post a Comment