Wednesday, 10 August 2016

10 KAWASAN PELANCONGAN SEKITAR DHIAFAH HOMESTAY

KAWASAN PELANCONGAN SEKITAR DHIAFAH HOMESTAY
===============================================
1. Muzium Negeri Terengganu (Muzium Losong)
Muzium ini merupakan muzium terbesar di Malaysia. Banyak view yang cantik sekitar Muzium Negeri Terengganu.
Tiket masuk ke Muzium Negeri Terengganu,
Warganegara Malaysia
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak (7-15 tahun) : RM2.00
Kanak-Kanak sekolah (pakaian seragam) : RM1.00
Kanak-kanak dibawah umur 7 tahun : PERCUMA
Bukan Warganegara
Dewasa : RM15.00
Kanak-Kanak : RM10.00
Waktu Operasi
Sabtu hingga Khamis (9.00 am- 5.00 pm)
Jumaat (9.00 am- 12.00 pm, dibuka semula pada jam 3.00 pm - 5.00 pm)
Hari Kelepasan Am (9.00 am- 5.00 pm)
Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha (ditutup pada Hari Raya Pertama & Kedua sahaja)
Antara galeri yang terdapat di dalam Muzium Negeri Terengganu ialah Galeri Tekstil, Diraja, Islam, Kraf, Petronas, Sejarah, Sumber Alam, Pelayaran & Perikanan.

2. Taman Tamadun Islam (TTI)
Didalam TTI terdapat Monumen Park yang memuatkan kira-kira 22 monumen islam yang terkenal & unik dari 21 negara Asia, European and African.
Tiket Masuk Ke TTI Monumen Park
Adults : RM21.20
Senior Citizen (60 years & above) : RM15.90
Children (7-12 years) : RM15.90
Children (6 & below) : FOC (accompanied by parents)
Waktu Operasi
Isnin – Khamis (dari 10.00 am-7.00 pm)
Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum Terpilih (dari 9.00 am-7.00 pm)

3. Masjid Kristal
Masjid yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Seni binaannya yang cantik & unik membuatkan ramai pengunjung datang kesini untuk bergambar. Masjid Kristal terletak besebelahan TTI.

4. Pasar Besar Kedai Payang
Kalau nak beli buah tangan dari Kuala Terengganu, korang boleh shopping di Pasar Payang. Macam-macam barangan yang dijual disini. Antaranya makanan popular di Terengganu seperti dodol, keropok, telur penyu, buah-buahan tempatan, pakaian, kain songket, dan macam-macam lagi.

5. Pantai Batu Buruk
Tak jauh dari Pasar Payang terletaknya Pantai Batu Buruk. Dalam 10 minit perjalanan dah sampai. Sekarang Pantai Batu Buruk makin best and makin ramai orang. Kedai makan pun dah banyak yang bukak sepanjang pantai. Boleh beli makanan ringan kemudian lepak tepi pantai.

6. Kampung Cina (China Town)
Dah puas menikmati angin pantai di Pantai Batu Buruk, apa kata korang datang pula ke Kampung Cina. Menariknya di Kampung Cina ini ialah terdapat street art di sepanjang laluan and di beberapa bangunan berhampiran Kampung Cina. Korang yang suka bergambar, bolehlah datang ke sini bergambar dengan keunikan street art yang terdapat di Kampung Cina pula.

7. Pulau Warisan (I City Terengganu)
Puas bergambar sakan di China Town, korang singgah pula di Pulau Warisan yang terletak bersebelahan Kampung Cina sahaja. Pulau Warisan merupakan pulau buatan. Kalau nak datang sini, better datang waktu malam sebab boleh tengok view yang cantik dekat sini. Ada pokok i-city sepanjang pulau.
Dengar cerita sekarang ada river cruise pulak yang menyusuri Pulau Wan Man (lokasi TTI & Masjid Kristal). Mesti cantik gila kan boleh cuci mata tengok keindahan waktu malam di Taman Tamadun Islam.

8. Pantai Airport (Pantai Teluk Ketapang)
Banyak aktiviti yang best boleh dilakukan di Pantai Airport. Contohnya naik kereta kuda, menunggang kuda, main layang-layang and etc. Nak tengok flight mendarat pun boleh dekat sini tau sebab Pantai Airport ni betul-betul bersebelahan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu.
Tempat makan best yang menjual seafood celup tepung pun banyak dekat sini. Makanan bergoreng, jagung bakar, sate ikan semua adalah dekat sini.

9. Pantai Tok Jembal
Bila korang dah puas makan seafood celup tepung di Pantai Airport, apa kata korang merasai pula pengalaman mandi pantai di Pantai Tok Jembal. Tak jauh pun Pantai Airport ke Pantai Tok Jembal. Korang lalu je sepanjang pagar Airport, kemudian nanti jumpa jalan kecil sebelah kanan ( yang banyak pokok rhu tu). Kemudian pergi straight je. Akan sampai la ke Pantai Tok Jembal.
Kelebihan Pantai Tok Jembal berbanding Pantai lain di Kuala Terengganu sebab dekat sini boleh mandi. Pantai lain jangan harap la korang nak mandi bagai. Dekat sini in sha Allah selamat. View dia pun sangat cantik.

10. Uptown Kontena Dapo Pata
Dah settle mandi di Pantai Tok Jembal, korang singgah pulak makan di Uptown Kontena Dapo Pata okey. Kalau dekat Pantai Airport tadi korang makan seafood celup tepung, dekat sini memang tak jumpa dah seafood celup tepung. Uptown Kontena ini merupakan tarikan terbaru di Pantai Tok Jembal (bersebelahan je dengan tempat mandi-manda tu) and merupakan tempat makan pesisir pantai hipster yang pertama di Malaysia. Baru beroperasi pada 13 Februari 2016 yang lepas. Terus viral di laman sosial kot.
Antara makanan yang dijual di sini ialah meatball, nasi lemak, sizzling, churros, coffee, takoyaki, soto, kebab dan banyak lagi. Uptown Kontena mengamalkan konsep layan diri, makan di tempat terbuka. Sambil makan, sambil melayan angin pantai segar di Pantai Tok Jembal. Memang best. Dibuka dari 5.00 pm – 2.00 am.
Disunting dari :

No comments:

Post a Comment