Pemilihan penginapan amat penting tidak
kira apa jua tujuan penginapanan anda sama untuk bercuti atau melaksanakan
tugasan di luar kawasan. Pemilihan tempat penginapan yang betul boleh
menjimatkan banyak wang dan masa perjalanan untuk tujuan melaksanakan kerja
atau untuk melancong. Disamping itu tempat penginapan yang terletak berdekatan
dengan banyak fasiliti dan kemudahan setempat seperti supermarket, pusat bandar
dan pusat-pusat pelancongan jika perlu untuk menyenangkan banyak urusan anda terutamanya sekiranya anda baru pertama kali melawat ke tempat
tersebut.
1.
LOKASI
Lokasi tempat penginapan yang startegik
adalah amat penting. Tempat penginapan yang dipilih mestilah berdekatan dengan
tempat-tempat yang anda rancang untuk dilawati. Anda boleh menjimatkan minyak
kereta dan masa perjalanan jika pilihan anda berada dalam kedudukan strategik
dan berdekatan dengan tempat yang ingin dilawati.
Selain itu pilihan lokasi juga perlulah
berhampiran dengan kemudahan setempat seperti bank, restoran, kedai makan, kedai
dobi dan pusat membeli-belah. Anda boleh mengkaji kawasan sekitar tempat
penginapan sebelum membuat tempahan melalui google map untuk melihat kemudahan
sekitarnya.
2.
PERBANDINGAN
HARGA
Selain faktor lokasi, faktor harga juga
memainkan peranan yang amat besar. Sudah tentu setiap orang ingin mendapatkan
setiap nilai dari wang yang akan dibelanjakan nanti. Anda boleh menjimatkan banyak wang dengan melakukan
sedikit kajian dan membuat perbandingan harga dengan beberapa hotel/homestay
tempat penginapan dikawasan yang dikehendaki.
Di zaman teknologi maklumat perkara ini
tidak lagi sukar untuk dilaksanakan. Apa yang perlu dilakukan adalah hanya dengan membuat sedikit carian di google dan anda boleh menelefon
setiap satu tempat penginapan untuk menanyakan harga dan catit setiap satu untuk dibuat perbandingan.
3.
JENIS
BANGUNAN PENGINAPAN
Selepas mengkaji lokasi dan harga anda juga
perlu mengetahui apakah jenis bangunan tempat penginapapan yang bakal anda
tempah. Adakah tempat penginapan anda nanti adalah bangunan bertingkat dengan lift atau tidak, rumah kedai, rumah
teres setingkat atau 2 tingkat, rumah kabin, rumah banglo sesebuah, rumah
townhouse atau rumah kayu/kampong. Jenis-jenis
bangunan penginapapan juga menentukan tahap keselesaan anda nanti.
4.
KEMUDAHAN
YANG DISEDIAKAN
Pastikan anda menyelidik terlebih dahulu
apakah kemudahan yang disediakan di dalam hotel atau homestay tersebut. Anda
boleh menelefon dan menanyakan apakah alat-alatan dan kemudahan yang yang
disediakan seperti bilangan bilik tidur dan bilangan bilik mandi, tempat
meletak kereta, peralatan memasak, peti ais, penghawa dingin dan bilangannya,
sterika, mesin basuh jika anda merancang menginap lebih dari seminggu, bilangan
katil, sofa, meja makan, TV dan lain-lain yang dirasakan perlu. Catit setiap
satu kemudahan ini agar mudah untuk anda membuat perbandingan dan juga
keputusan yang terbaik.
5.
KAWASAN
PERSEKITARAN
Anda juga peru menyelidik sedikit sebanyak
kawasan persikataran tempat penginapan yang bakal anda tempah. Mungkin
persoalan ini boleh anda selidik terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
Adakah kawasan persekitaran terletak di kawasan bandar, taman perumahan, kawasan kampong, kawasan setinggan atau berhampiran kawasan tapak pembinaan? Berapa
jauhkah jarak perjalanan ke tempat-tempat kemudahan utama seperti stesen
pengangkutan awam (jika anda menggunakanya), lapangan terbang, bank, restoran,
pusat membeli belah dan lain-lain.
Kami di Dhiafah Homestay telah membuat
sedikit kaji selidik terhadap beberapa
faktor yang dibincangkan di atas terhadap beberapa tempat penginapan, hotel dan
homestay sekitar 5km dari kawasan
Dhiafah Homestay untuk memudahkan anda untuk membuat keputusan sekiranya anda
sedang merancang untuk mencari kawasan penginapan di sekitar Kuala Terengganu,
Gong Badak, Tok Jembal atau sekitar UNISZA (Universiti Sultan Zainal Abidin)
dan juga UMT (Universiti Malaysia Terengganu).
Berikut Jadual Perbandingan hasil kajian
kami.